- Polisi ini direka untuk membayar balik perbelanjaan hospital dan pembedahan yang ditanggung oleh insured akibat penyakit yang dilindungi.
2) Insurans perubatan utama - Direka dengan had menyeluruh yang lebih tinggi bagi meliputi kos pembedahan utama. Biasanya dibeli sebagai tambahan (top- up) kepada polisi asas insurans hospital dan pembedahan, tertakluk kepada syarat insurans bersama hendaklah ditanggung oleh syarikat polisi.
3) Insurans penyakit kritikal/penyakit pembawa maut
- Berbeza dengan polisi sebelumnya, polisi ini menyediakan bayaran tunai sekali gus apabila pemegang polisi didiagnosa menghidap mana-mana dri senarai 36 jenis penyakit kritikal yang telah ditetapkan.
4) Insurans pendapatan hilang upaya - Menyediakan aliran pendapatan bagi menggantikan bahagian pendapatan sebelum mengalami hilang upaya , apabila pemegang polisi tidak mampu bekerja disebabkan sakit atau kecederaan.
5) Insurans pendapatan hospital - Polisi ini membayar suatu amaun tertentu secara harian, mingguan atau bulanan , tertakluk kepada had tahunan , apabila pemegang polisi dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit yang dilindungi , sakit atau kecederaan.