Pages

Monday, 29 June 2015

JENIS-JENIS POLISI

1) Insurans hospital dan pembedahan 
Polisi ini direka untuk membayar balik perbelanjaan hospital dan pembedahan   yang ditanggung oleh insured akibat penyakit yang dilindungi.


2) Insurans perubatan utama - Direka dengan had menyeluruh yang lebih tinggi bagi meliputi kos pembedahan utama. Biasanya dibeli sebagai tambahan (top- up) kepada polisi asas insurans hospital dan pembedahan, tertakluk kepada syarat insurans bersama hendaklah ditanggung oleh syarikat polisi.

3) Insurans penyakit kritikal/penyakit pembawa maut
Berbeza dengan polisi sebelumnya, polisi ini menyediakan bayaran tunai sekali gus apabila pemegang polisi didiagnosa menghidap mana-mana dri senarai 36 jenis  penyakit kritikal yang telah ditetapkan.


4) Insurans pendapatan hilang upaya - Menyediakan aliran pendapatan bagi menggantikan bahagian pendapatan sebelum mengalami hilang upaya , apabila pemegang polisi tidak mampu bekerja disebabkan sakit atau kecederaan.


5) Insurans pendapatan hospital  - Polisi ini membayar suatu amaun tertentu secara harian, mingguan atau bulanan , tertakluk kepada had tahunan , apabila pemegang polisi dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit yang dilindungi , sakit atau kecederaan. 








   

APAKAH IPK?


¢   Polisi IPK pada asasnya direka untuk melindungi kos rawatan perubatan swasta, seperti kos kemasukan ke hospital dan penjagaan kesihatan, sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit yang dilindungi atau ditimpa kemalangan. Perlindungan insurans ini disediakan oleh syarikat insurans berlesen, sebagai balasan kepada premium yang anda bayar. Pastikan anda hanya berurusan dengan syarikat insurans berlesen atau ejennya yang sah atau broker insurans berlesen apabila anda membeli polisi IPK.

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

PENGENALAN

Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar anda sejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan.