| Konvensional | Takaful |
| Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan | Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan. |
| Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran | Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim. |
| Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) | * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful. |
| * Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan. | |
| Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah | Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah. |
| Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. | Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali |
| Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. | Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum. |
| Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' | Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. |
Thursday, 10 September 2015
Perbezaan antara insurans dan takaful
Monday, 29 June 2015
JENIS-JENIS POLISI
1) Insurans hospital dan pembedahan
3) Insurans penyakit kritikal/penyakit pembawa maut
- Polisi ini direka untuk membayar balik perbelanjaan hospital dan pembedahan yang ditanggung oleh insured akibat penyakit yang dilindungi.
2) Insurans perubatan utama - Direka dengan had menyeluruh yang lebih tinggi bagi meliputi kos pembedahan utama. Biasanya dibeli sebagai tambahan (top- up) kepada polisi asas insurans hospital dan pembedahan, tertakluk kepada syarat insurans bersama hendaklah ditanggung oleh syarikat polisi.
3) Insurans penyakit kritikal/penyakit pembawa maut
- Berbeza dengan polisi sebelumnya, polisi ini menyediakan bayaran tunai sekali gus apabila pemegang polisi didiagnosa menghidap mana-mana dri senarai 36 jenis penyakit kritikal yang telah ditetapkan.
4) Insurans pendapatan hilang upaya - Menyediakan aliran pendapatan bagi menggantikan bahagian pendapatan sebelum mengalami hilang upaya , apabila pemegang polisi tidak mampu bekerja disebabkan sakit atau kecederaan.
5) Insurans pendapatan hospital - Polisi ini membayar suatu amaun tertentu secara harian, mingguan atau bulanan , tertakluk kepada had tahunan , apabila pemegang polisi dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit yang dilindungi , sakit atau kecederaan.
APAKAH IPK?
¢ Polisi
IPK pada asasnya
direka untuk
melindungi kos
rawatan perubatan
swasta, seperti
kos kemasukan
ke
hospital dan penjagaan
kesihatan, sekiranya
anda didiagnosis
dengan penyakit
yang dilindungi atau
ditimpa kemalangan.
Perlindungan
insurans ini
disediakan oleh
syarikat insurans
berlesen, sebagai
balasan kepada
premium yang anda bayar.
Pastikan anda
hanya berurusan
dengan syarikat
insurans berlesen
atau ejennya
yang sah atau
broker insurans berlesen
apabila anda
membeli polisi
IPK.
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
PENGENALAN
Insurans
Perubatan dan
Kesihatan
(IPK) ialah satu
polisi yang
melindungi kos
rawatan perubatan
swasta yang
mungkin mahal,
seperti kos
kemasukan ke
hospital dan pembedahan.
Polisi insurans
ini juga
memastikan anda
tidak perlu
bimbang mengenai
kos bagi
mendapatkan rawatan
kecemasan. Selain
itu, IPK
juga membayar
anda sejumlah
wang tertentu
semasa anda
menjalani rawatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)